Koobface ~ satu lagi bentuk virus worm yang menjadikan laman sosial di internet sebagai pusat penyebaran seperti Facebook, MySpace,hi5,Bebo,Friendster dan juga Twitter. Virus tersebut cuba untuk menyerang sehingga berjaya. Biasanya virus seperti ini cuba mendapatkan maklumat pengguna seperti nombor kad kredit. Virus tersebut pertama sekali muncul pada akhir tahun 2008 dan semakin berleluasa pada bulan Mac 2009.


Koobface menyerang dengan cara menghantar mesej kepada pengguna Facebook di mana computer tersebut telah dijangkiti. Selepas itu, mesej tersebut membawa pengguna kepada laman web lain di mana mereka diminta memuat turun update untuk Adobe Flash player. Jika mereka telah memuat turun dan execute program tersebut, Koobface berupaya untuk menjangkiti system computer pengguna tersebut. Koobface bertindak dengan mengambil kesempatan atas apa yang pengguna internet selalu lakukan dengan memuat turun komponen malware. Setahun sudah berlalu semenjak penjumpaan virus ini. Walaubagaimana pun virus seperti ini tidak boleh dipandang rendah dan ianya semakin kuat. Beberapa jenis worm yang telah disahkan
  •  Net-Worm.Win32.Koobface.a, menyerang MySpace
  •   Net-Worm.Win32.Koobface.b, menyerang Facebook. 
  •  WORM_KOOBFACE.DC, menyerang Twitter.
  •  W32/Koobfa-Gen, menyerang Facebook, MySpace, hi5, Bebo, Friendster, myYearbook, Tagged, Netlog, Badoo dan fubar.
 
Sebenarnya virus-virus ini banyak menyerang computer yang bersandarkan OS Windows.  Jadi siapkan komputer anda dengan selalu update Antivirus anda dan juga memuat turun segala Update dari Windows(Jika Windows anda original). Microsoft's Malicious Software Removal Tool, satu lagi antivirus dari Windows juga berupaya menghapuskan virus-virus yang tidak dikehendaki.


[Source] : computerworld,kaspersky,wikipedia,trendmicro ]

Posted by Penulis Friday, March 19, 2010

0 comments

Post a Comment

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner