Lembab kat sini bukan basah. Tapi perlahan sangat. Nak masuk windows perlahan, nak run mane-mane perisian pun lembab sangat. Kat sini ade beberapa punca kenapa komputer boleh jadi macam ni.

Posted by Penulis Monday, April 19, 2010 0 comments


Macam mana nak hantar fail dengan cepat? Pengguna biasanya bile nak lampirkan fail-fail tertentu nak dihantar ke seseorang, diorg akan klik attach a file  kemudian cari kat mane fail nak dihantar tu disimpan.

Posted by Penulis Thursday, April 15, 2010 0 comments

 Contoh meletakkan new folder pada menu klik kanan
 
Aku ni kira pengguna tegar Right Click Menu. Belek-belek satu blog ni jumpa pulak satu perisian yang bagus jugak untuk pengguna komputer macam aku. Memperkenalkan Context Menu Enhancer v2 untuk di muat turun. Apa yang menariknya, perisian ni membolehkan kita klik kanan pada satu-satu file dan melaksanakan beberapa tugas seperti open with notepad, copy/move to folder dan lain-lain lagi.
Nanti dulu! Perisian ni bukan sahaja untuk menu tapi membolehkan pengguna meletakkan folder sendiri pada Right Click Menu atau pun pada My Computer. Tak salah mencuba perisian ni lagipun ianya sesuai untuk semua jenis platform Windows dan ianya PERCUMA.

Posted by Penulis Wednesday, April 14, 2010 0 comments

Bagaimana untuk menjadi seorang yang berkeyakinan? Berikut adalah tips-tips yang berguna untuk dijadikan sebagai panduan bagaimana untuk menambah keyakinan seseorang.

Posted by Penulis Thursday, April 1, 2010 1 comments


1 April atau lebih dikenali dengan April Fool oleh masyarakat barat. Kisah asal usul tarikh ini sebenarnya disembunyikan oleh masyarakat barat. April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
            Keesokan harinya ( 1April ), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Oleh itu masyarakat Islam wajar untuk memperingati hari tersebut dengan melakukan aktiviti mempermainkan orang lain tetapi mengingati bahawa orang Islam telah ditipu dan dibunuh kejam. Semata-mata untuk melenyapkan orang Islam dari dunia ini.

Posted by Penulis 0 comments

Satu lagi produk dari Synaptics yang memudahkan pengguna komputer khususnya pengguna komputer riba yang meggunakan touchpad. Perisian ini memudahkan pengguna komputer untuk melakukan aktiviti shortcut di komputer bukan lagi dengan menekan salah satu butang pada papan kekunci. Fungsi yang sama seperti menekan butang shortcut, tetapi dengan menggunakan Scrybe, pengguna boleh membuka atau mengawal komputer dengan hanya menggerakkan tetikus daripada membuka perisian muzik sehinggalah kepada aktiviti membeli-belah.

Posted by Penulis Wednesday, March 31, 2010 0 comments


Selalunya pengguna tak tau pun mcm mane nk memasang Windows lain kalo cd/dvd-rom diorg dah xboleh pakai. Tp mereka semua tak tau yang Windows masih boleh dipasang juga dengan menggunakan port USB. Maknenye kite ade alternatif lain selain menggunakan cd. Contohnya pendrive atau external hardisk. Tapi sebenarnya lagi bagus guna pendrive minimum 4gb(biasa untuk vista/7). Kalo guna pendrive atau external hardisk besar mane pun xdigalakkan jugak sbb faktor masa dan penggunaan ruang. Paling minimum ruang yg digunakan cume 3.xxgb. Kalo besar sangat pun nnti mase nak format amek mase yg lame plak tu. Takdelah lame sangat. Tapi boleh jimatkan masa. Skang akan ditunjukkan macam mana nak pasang Windows menggunakan usb.

Posted by Penulis Tuesday, March 30, 2010 0 comments

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner