Bagaimana untuk menjadi seorang yang berkeyakinan? Berikut adalah tips-tips yang berguna untuk dijadikan sebagai panduan bagaimana untuk menambah keyakinan seseorang.


1
Katakan anda Boleh!
Kata-kata positif akan membakar semangat anda untuk terus berusaha dan membina keyakinan untuk berjaya.
2
Jangan memandang rendah keupayaan diri
Setiap insan mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri yang harus dibanggakan. Jangan biarkan diri anda dibelengggu dengan pandangan negatif terhadap diri sendiri.
3
Kaji dan perbaiki kelemahan diri
Kekurangan diri bukan halangan kepada keyakinan diri. Kaji dan perbaiki kelemahan yang ada kerana itu lebih baik daripada memikirkannya dan berdiam diri.
4
Malu biar kena pada tempatnya
Sifat malu harus dipamerkan bila kena pada tempat dan masanya. Jangan biarkan perasaan malu yang tidak ketentuan menyekat diri anda untuk merasa lebih yakin.
5
Sentiasa berfikiran positif
Fikiran positif akan memberi ransangan kepada diri untuk berasa yakin dan membentuk diri untuk berani berhadapan dengan sebarang cabaran.
6
Sentiasa bersedia dan tidak menangguhkan kerja
Keyakinan diri dapat dibentuk dengan lebih mudah jika anda sentiasa bersedia dan dapat menyiapkan tugas yang diberi tanpa menangguhkannya.
7
Badan sihat, minda cerdas
Kesihatan yang baik dan sihat membolehkan anda untuk cergas dan cerdas serta membina keyakinan diri.
8
Hargai diri
Penghargaan kepada diri sendiri dapat membentuk perasaan bersyukur dengan anugerah Tuhan serta membentuk keyakinan diri.

Posted by Penulis Thursday, April 1, 2010

1 Responses to 8 tip keyakinan diri

  1. aina umairah Says:
  2. assalamualaikum..

    suatu tips yang amat berguna buat saya jadikan panduan...

     

Post a Comment

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner