1 - Saiz memori

2 - Virus

3 - Berapa banyak program yang sedang berjalan
Tak kire selepas membeli komputer baru atau selepas format, pengguna tak tau apa program yang sedang berjalan secara automatik di dalam komputer mereka. Dan program-program tersebut sebenarnya boleh di ubah supaya tidak berjalan secara automatik sama ada menggunakan perisian seperti TuneUp Utilities atau program Windows seperti menaip msconfig pada menu run(ALT+R).Dengan cara ini komputer menjadi lebih laju sedikit semasa memulakan Windows.
taip msconfig pada menu run
kosongkan pada kotak jika tidak ingin program berjalan secara automatik
4 - Melaksanakan penyelenggaraan komputer.
Aktiviti ini dilakukan dalam tempoh tertentu dan digalakkan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Program-program seperti CCleaner adalah program yang ringkas dan percuma tetapi banyak fungsi seperti membersihkan temporary files dan juga sebagai Registry Cleaner. Ini kerana, setiap apa yang dilakukan di komputer akan meninggalkan jejak dan juga menyebabkan data-data di dalam komputer menjadi tidak tersusun. Khususnya selepas melayari internet. Kite boleh membayangkan keadaan contohnya mengalihkan meja akan meninggalkan habuk-habuk. Jika habuk-habuk itu dibiarkan lama maka ia akan mengambil ruang dan semakin lama semakin besar ruang itu.
Fungsi Registry Cleaner pada CCleaner
Selain itu, apabila data-data mula tidak tersusun dalam komputer anda, ia akan mengakibatkan komputer anda menjadi perlahan. Apabila data tidak tersusun, komputer akan mencari data tersebut dengan mengambil masa lebih lame berbanding biasa. Untuk menyusun semula data-data tersebut, ianya lebih mudah dengan Disk Defragmenter yang sudah sedia ada dalam Windows tidak kira XP, Vista ataupun 7. Harus diingat sekiranya ia mengambil masa yang lama, tidak bermakna komputer anda hang, mungkin banyak data-data yang bersepah-sepah.
Disk Defragmenter pada windows Vista/7

Disk Defragmenter pada Windows XP
Untuk mencapai program ini, klik kanan pada mana-mana cakera keras, kemudian pilih properties, pilih tab tools dan pilih menu Defragment now. Jika komputer masih lagi perlahan, pengguna boleh mengenalpasti keadaan cakera keras komputer anda. Cara untuk memastikan cakera keras anda dalam keadaan baik, klik kanan pada hard disk, pilih properties, pilih tab tools, dan tekan menu Check Now
Cara ini adalah untuk mengenalpasti status integriti dalam cakera keras anda dan memulihkan serta menetapkan kesilapan-kesilapan sistem fail. Cara di atas adalah berdasarkan pengalaman penulis. Sekiranya ada cara lain, boleh lah dikongsi.
0 comments